Monday 5 December 2011

Athma/Lelah/Semput

las week encik suami d serang semput setelah dh bape taun x di serang..
adoii maybe sbb cuaca skrg yg asek hujan jek..kesejukan melanda dan demam d mane2 sahaja
encik suami pulak tibe2 selsema dan batok..dah bwk g klinik (setelah dipakse!!!) just doc bg MC 2 hari n ubat bese..after rest one day ttb jek die ajk sy g HSA...itupun sbb mmg lalu di kawsn terbabit..kalo x haram die nk g...saya mn la ade pengalaman dgn org semput nih sbb family mmg xde yg semput..so agk gelabah la bile encik suami kn masok Emergency..ya ALLAH hanya Allah je yg tau prasaan tu..takot sgt...huhuhuhuhu..
smbil die kat dlm take dose nebulizer die smbil tu die sms sy..Alhamdulillah die ok dah..dah lega katenye...tp stil sy x nyenyak tido..nak jg org semput nih..mcm2 prasaan ade..bercampur baur..huhuhu (jgn la tinggalkan sy secepat ini sayang...) (T____T)

tp tula dah seminggu lebih die batok tp stil x ok lg..risau dgr nafasnye yg x sehat tu..huhuhu YA ALLAH  YA TUHAN KAMI..ENGKAU PERMUDAHKAN LAH URUSAN SUAMI KU..ENGKAU SEMBUHKAN LA PENYAKIT ASMA SUAMI KU YA ALLAH..mudah-mudahan encik suami dpt bernafas dgn sehat dan normal...batok dan selsemanye x beransur baik lg...sy sgt risau...huhuhu

so arini dgn semangat xde kejenye sy g cek internet utk crk petua membaikpulih atau melegakan serangan Asma..insyaALLAH mudah-mudahan kami dpt try wat n cube petua2 yg berikut:-

1)    Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma

2)    Cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan cuba membendung agar asma tidak menjadi serius dengan mendapatkan rawatan dan penjagaan diri sebaik mungkin terutama dalam usaha mengelak diri dari bahan pencetus serangan asma atau boleh mencuba menggunakan kaedah rawatan herba sebagai alternatif. Dalam perubatan melayu tradisional, tumbuhan seperti sirih digunakan bagi merawat asma dengan cara; merebus pekat daun sirih bersama gula batu kemudian diminum ketika suam-suam.Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan kedada.

Sayuran seperti seleri juga digunakan dengan cara mengisar daun seleri bersama buah papaya untuk dijadikan jus kemudian diminum.Tidak ketinggalan ulam pegaga turut dijadikan penawar asma dimana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam.Lidah buaya memang terkenal sebagai penawar pelbagai penyakit dan tidak ketinggalan dalam merawat asma dimana dikatakan air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma.Rempah ratus turut tersenarai sebagai penawar asma ialah bung lawang dimana ia direbus dan diminum airnya .Dalam rawatan Ayurveda,kunyit merupakan ramuan utama merawat pelbagai penyakit begitu juga masyarakat melayu menggunakan isi kunyit yang direbus sebagai minuman bagi merawat asma
Dalam rawatan Homeopathy pula bawang merah dan bawang putih dikatakan paling mujarab dalam merawat penyakit asma dan pendapat ini disokong dan dibuktikan oleh banyak kajian dan hasil penemuan diterbitkan dalam journal perubatan oleh para saintis.Pengamal herba dunia pula mendapati ginkgo biloba dan madu lebah amat berkesan keatas pesakit asma.Walaubagaimanapun berbincanglah terlebih dahulu dengan pakar perubatan sebelum mencuba apa jua kaedah rawatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

3)    Satu sudu besar Madu dicampurkan dgn air suam segelas. 3 kali sehari. Pastikan juga madu digunakan dgn sudu plastik.

p/s: Ya ALLAH kami hanya berusaha utk kembali sehat..Engkau permudahkan la urusan kami..insyaALLAH  (^_^)

4 comments:

  1. sabar ya Ud, jaga LK elok- elok..insyaAllah semoga diberi kemudahan dan kesihatan.

    ReplyDelete
  2. Assalam Wahh . .Memang betul , asma ni kalau kita tak atasi sekarang dia akan melarat .Sebenarnya ada Tips Mengatasi Masalah Semput Dan Lelah Dengan Berkesan yang boleh anda cuba buat , atau untuk sesiapa yang ada masalah lelah dan semput ini , boleh juga hubungi saya di Whatsapp +60107096284 Aini .Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Wahh . .Memang betul , asma ni kalau kita tak atasi sekarang dia akan melarat .Sebenarnya ada Tips Mengatasi Masalah Semput Dan Lelah Dengan Berkesan yang boleh anda cuba buat , atau untuk sesiapa yang ada masalah lelah dan semput ini , boleh juga hubungi saya di Whatsapp +60107096284 Aini .Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda :)

    ReplyDelete